Powered by Blogger.

Tuesday, January 6, 2015





Seingat aku, masa aku dibesarkan kat Sabah aku memang tiada masalah dengan mata aku yang sepet, dan aku rasa tiada beza dengan kawan-kawan aku yang lain.  Dan aku realize tiada perkauman sempit di Sabah masyarakat dia... udara dia... dan suasana diaa..
Oh aku rindu Sabah. 

Cerita tragisnya bermula apabila aku berpindah ke semenanjung, dan bermula dengan menetap di Labis, Johor. Sempat menuntut  (kalau tak terlalu poyo) di tadika kawasan tu beberapa bulan dan tragis bersambung semasa berpindah di Lepar Hilir,Pahang dan bertadika dan sekolah rendah di sana. Sebagai lelaki bermata sepet yang dibesarkan di dalam persekitaran yang tiada masyarakat Cina bagi aku suatu yang sukar, malah pernah jadi suatu nightmare bagi aku (not sure if aku ni hati kaca sangat or not).  Sebab aku rasa sangat asing dan tersisih (kena ejek tu of course lah) dengan kawan-kawan aku yang lain (yg ni kawan nakal, kawan skema okey je) most of them melayu dan ada juga India. Tapi masa itu tak kesah lah diorang melayu ke India ke at least mata diaorang besar and the worst case senario is aku pernah rasa diri aku cacat dan anak angkat. sampai aku pernah curi-curi geledah sijil-sijil lahir aku dan parents sebab termakan teori-teori merapu diaorang. Banyak kali juga lah aku balik sekolah menagis, mengadu dekat ibu. (well sounds loser kan). Ada pernah sekali dan kali terakhir aku mengadu dekat cikgu yang aku dah tak ingat nama dia, yang kawan aku ejek mata aku sepet, then dengan slow and steady je dia reply “Awak memang sepet pun”. Well kenyataan sememangnya memedihkan. Lalu berulang lah tragedi menagis balik sekolah.

I owe a lot to my mum, dia lah yang selalu pujuk aku, dan suatu hari dia bawak aku buat cermin mata, yang aku panggil cermin mata ajaib sebab dia custom sikit. Ada semacam kanta dari luar, the reason is untuk mata aku nampak lebih besar dan bertenaga. Aku bergantung dengan cermin mata ajaib tu sampai aku darjah dua kalau tak salah, sebab aku dah mula belajar untuk menerima kekurangan.

Hari berganti hari, tahun beralih tahun, Here are me now, who doesn’t laugh bila aku buat lawak pasal mata aku.   






Monday, January 5, 2015


Sekuntum bunga plastik
Di dalam jambangan usang
Menghiasi kamarku yang gelap dan dingin
Seutas rantai perak
Membelit di lehermu
Memberikah cahaya dalam mimpi-mimpiku

Roda-roda penghidupan
Berputar-putar ligat
Tapi aku masih juga begini
Bisu dan kaku
Menanti sebuah jawapan
Yang belum pasti


Saturday, January 3, 2015


Firstly, aku sememangnya tak percaya ada keturunan yang berdarah panas baran, darah berwap, kepala angin or whatever, aku percaya insan-insan istimewa ini normal saja, cuma punyai pandangan yang salah tentang kehidupan.

Kemarahan meletus apabila harapan yang tak bertempat bertemu realiti yang tak boleh kita terima. Kita tak marah setiap kali perkara buruk berlaku, kita marah apabila perkara buruk yang tak boleh kita terima berlaku. Sebagai contoh, kita tak pernah marah apabila hujan turun, hujan pun boleh jadi masalah kadang-kadang kan?, barang habis basah, tak dapat keluar rumah, kacau plan yang dah lama buat. Sebab apa? sebab dari kecil lagi kita telah belajar menerima hujan. So kita kena belajar terima semuanya, jangan hanya menerima hujan, terima semuanya! belajar menerima kegagalan, kehilangan, ketamakan, tikam belakang, penghinaan, esetra-esetra dan maksud aku dengan terima semua ini bukan bermaksud melakukannya, tapi terima yang perkara-perkara buruk ini pasti ada dimana-mana.

Yang pasti kita perlu banyak belajar untuk mencapai keadaan yang mana tiada apa-apa yang boleh menggangu fikiran dan ketenangan kita. Bersedia dengan setiap perkara pasti ada harganya.





“What need is there to weep over parts of life? The whole of it calls for tears.”

― Seneca


Well, sejujurnya aku bukan lah seorang insan yang mahir untuk menulis, dah memang lama pun sudah tidak menulis dan menaip panjang, seingat aku masa di KKTM dulu kali terakhir aku taip panjang masa buat laporan Latihan Indusri aku di Motiofixo dan sekarang bila sudah bekerja,  setiap hari hidup aku akan dipenuhi dengan grafik, ( like 70% Grafik : 30 % Word) dan menaip pun cuma mengarang e-mail bagi melayan leteran-leteran klien di studio. Tapi at this point aku cuba beritahu diri that it must start now, dan seperti kata Lenin “What Is To Be Done.” so it has to be done now!

Its all begin bila aku beberapa kali terjumpa artikel dan quotes that said menulis adalah salah satu cara kau nak meditate, express yourself dan to enter your sub-conscious mind, jadi aku sangat tertarik dengan apa penulisan boleh tawarkan, plus aku suka jugaklah membaca dan teringin nak baca tulisan sendiri.



So here it is.
Welcome to my reality.
"Writing is an exploration. You start from nothing and learn as you go," 
— E. L. Doctorow
 
Twitter Facebook Dribbble Tumblr Last FM Flickr Behance