Seingat aku, masa aku dibesarkan kat Sabah aku memang tiada masalah dengan mata aku yang sepet, dan aku rasa tiada beza dengan kawan-kawan aku yang lain. Dan aku realize tiada perkauman sempit di Sabah masyarakat dia... udara dia... dan suasana diaa..
Oh aku rindu Sabah.
Cerita tragisnya bermula apabila aku berpindah ke semenanjung, dan bermula dengan menetap di Labis, Johor. Sempat menuntut (kalau tak terlalu poyo) di tadika kawasan tu beberapa bulan dan tragis bersambung semasa berpindah di Lepar Hilir,Pahang dan bertadika dan sekolah rendah di sana. Sebagai lelaki bermata sepet yang dibesarkan di dalam persekitaran yang tiada masyarakat Cina bagi aku suatu yang sukar, malah pernah jadi suatu nightmare bagi aku (not sure if aku ni hati kaca sangat or not). Sebab aku rasa sangat asing dan tersisih (kena ejek tu of course lah) dengan kawan-kawan aku yang lain (yg ni kawan nakal, kawan skema okey je) most of them melayu dan ada juga India. Tapi masa itu tak kesah lah diorang melayu ke India ke at least mata diaorang besar and the worst case senario is aku pernah rasa diri aku cacat dan anak angkat. sampai aku pernah curi-curi geledah sijil-sijil lahir aku dan parents sebab termakan teori-teori merapu diaorang. Banyak kali juga lah aku balik sekolah menagis, mengadu dekat ibu. (well sounds loser kan). Ada pernah sekali dan kali terakhir aku mengadu dekat cikgu yang aku dah tak ingat nama dia, yang kawan aku ejek mata aku sepet, then dengan slow and steady je dia reply “Awak memang sepet pun”. Well kenyataan sememangnya memedihkan. Lalu berulang lah tragedi menagis balik sekolah.
I owe a lot to my mum, dia lah yang selalu pujuk aku, dan suatu hari dia bawak aku buat cermin mata, yang aku panggil cermin mata ajaib sebab dia custom sikit. Ada semacam kanta dari luar, the reason is untuk mata aku nampak lebih besar dan bertenaga. Aku bergantung dengan cermin mata ajaib tu sampai aku darjah dua kalau tak salah, sebab aku dah mula belajar untuk menerima kekurangan.
Hari berganti hari, tahun beralih tahun, Here are me now, who doesn’t laugh bila aku buat lawak pasal mata aku.

0 comments:
Post a Comment